Sunday 25 December 2011

TAHNIAH SEMUA CALON PMR 2011














Warga SMK Gemereh mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS atas keputusan yang cemerlang PMR 2011. Semua Guru mendoakan kejayaan anda pada masa akan datang khasnya calon-calon PMR 2011.Teruskan usaha anda untuk kejayaan bersama.

Read more »

Monday 14 November 2011

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2011

SPM 2011 telah bermula pada hari ini, Isnin 14 November 2011. Kepada semua pelajar SMK Gemereh Segamat, semoga semua pelajarnya berjaya menjawab soalan SPM 2011 dengan tenang. Semua guru SMK Gemereh mendoakan kejayaan anda semua. Amin.
Read more »

Sunday 6 November 2011

SALAM AIDIL ADHA

SALAM AIDIL ADHA

Kepada semua warga SMK Gemereh, Segamat. Selamat menyambut Aidil Adha pada tahun ini 1432 / 2011. Semoga erti pengorbanan, dapat dihayati oleh semua warga SMK Gemereh dan umat Islam.
Read more »

Monday 24 October 2011

Rombongan KEBIRUS 16 SEPTEMBER 2011.ep 1.

JKR 10 KOTA BHARU



Bukan yang ini.


Lama Menunggu Keretapi





Setelah Berbincang....

Ada Berani...

We Are Champion....



Rombongan KEBIRUS telah ke Kelantan pada 16 September 2011 dengan menaiki Kereta Api - Bas - Sampan.
Read more »

Adakah anda perasan..?

Awal Pembukaan Sekolah 1996


Kini 2011

Perubahan sejak sekian lama berada di hadapan pintu gerbang SMK Gemereh. Dari awal penubuhan dan kini 2011. Wallpaper wajah baru SMK Gemereh yang terbaru.
Read more »

LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH


Logo atau lencana sekolah ini dicipta berasaskan gambarajah bulatan yang melambangkan kesepaduan tekad dan azam serta kesefahaman usaha , berlandaskan pepatah “Bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat”. Rekabentuk menyerupai manusia ditengah-tengah lencana membawa maksud pelajar dengan buku terbentang dihadapannya. Gambarajah berbucu lima adalah lambang perguruan dengan motif tenaga pendidik yang mendukung Falsafah Pendidikan Negara  dan sentiasa berusaha ke arah melahirkan pelajar yang sempurna , berketrampilan dan seimbang dari segi emosi , jasmani , rohani dan intelek tanpa mengenepikan  lima rukun Islam sebagai tanda taat kepada Allah.

     Huruf-huruf SMKGS adalah singkatan daripada nama penuh sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Gemereh , Segamat. Pada bahagian tapak lencana ini tertera perkataan  CERGAS  CERDAS  CEMERLANG yang menjadi motto sekolah. Motto ini membawa pengertian setiap insan pelajar wajar mempuyai kecergasan fizikal sihat tubuh badan sebagai langkah awal untuk mempersiapkan diri menghadapi pelajaran . Kesediaan ini akan menentukan pula kecerdasan mental yanag akan lahir daripada tubuh badan yang sihat dan cergas.Kecergasan dan kecerdasan inilah yang merupakan faktor penyumbang untuk menentukan kejayaan dan kecemerlangan seseorang pelajar.

     Berasaskan kesepaduan tekad dan kesepakatan usaha yang dijana oleh kata-kata keramat Cergas , Cerdas dan Cemerlang ini para pelajar dididik dan dibimbing ke arah menjadi manusia unggul dan dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang ditimba sewaktu alam persekolahan sebagai perisai yang dapat melindungi diri , keluarga , masyarakat dan negara daripada ditembusi oleh pelbagai gejala buruk yang melanda umat dan dunia sejagat.
Read more »

Sunday 25 September 2011

SPM 2011

Peperiksaan SPM 2011 bakal tiba.Bagaimana dengan persediaan semua calon? Semoga keputusan peperiksaan Percubaan SPM 2011 menjadi pembakar semangat untuk berusaha lebih gigih lagi.
Sila klik Jadual Peperiksaan SPM 2011 untuk download.
Read more »

Tuesday 20 September 2011

Ledang Kami Datang Lagi...

Tanggal 18 Jun 2011 giliran Unit Kokurikulum menawan puncak Ledang.Kali ini misi di pecahkan kepada 4 kumpulan. 3 kumpulan mendaki ke Kolam Gajah dan 1 kumpulan lain ke CP7 Gunung Botak.
Pendakian bermula seawal jam 7.30 pagi dan kumpulan terakhir turun dari pendakian jam 3.00 petang.


Jelas terpancar kepuasan di wajah pelajar-pelajar disamping keletihan pendakian. Semoga aktiviti pendakian seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.Mungkin misi menawan Gunung Tahan selepas ini....Ada Berani!!!
Read more »

Thursday 2 June 2011

Ekspedisi PSK Ledang 2011






Tahniah buat semua pelajar dan guru yang terlibat dalam program XPDC-PSK-Ledang pada 28 Mei 2011. Seramai 27 orang pelajar telah menjayakan aktiviti yang dianjurkan di bawah Panitia Sivik dan Kewarganegaraan.
Read more »

Monday 30 May 2011

Selamat Datang Ke Laman Blog SMK Gemereh



Visi Sekolah

Sekolah Unggul Menjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah

Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Read more »