Profail Sekolah

 
1.    Rujukan Fail      :JKR/SG No 1638 & 1638 Jld.1
2.    Kos Bangunan    : RM 3,894,094.30
3.    Luas kawasan   : 9A1R21P (3.6)
4.    Lokasi kawasan: Mukim Gemereh
5.    Tarikh Sekolah Dibuka : 16 September 1996
6.    Bil.Guru Awal Pembukaan : 7 Orang
7.    Bil. Pelajar Awal Pembukaan : 89 Orang
8.    Alamat                 : KM 5 Jalan Muar, 85000 Segamat

Visi Sekolah
Sekolah Unggul Menjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah
Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti





STAFF SMK GEMEREH 2011




BENDERA SEKOLAH 

       Bendera melambangkan pelbagai maksud yang disignifikasikan kepada sesebuah pertubuhan atau institusi seperti sekolah. Kewujudan bendera atau panji-panji menyerlahkan identiti tersendiri yang memperlihatkan bahawa sesebuah pertubuhan atau institusi itu telah mentap dari segi organisasi dan pentadbirannya. Pernyataan inilah yang kami dukung , dan sekaligus ingin memperlihatkan kepada umum bahawa kami , pihak pentadbir dan sekaligus warga sekolah ini sedang berusaha keras  dengan penuh iltizam menuju ke arah memantapkan organisasi dan pentadbiran.

        Penyediaan bendera sekolah yang menggabungkan warna-warna tertentu dilengkapi dengan logo dan moto sekolah memberi tafsiran tertentu yang amat bermakna. Pemilihan warna merah hati sebagai warna asas mencerminkan bumi yang kami pijak dan menjadi tapak binaan sekolah , mengandungi komposisi tanah yang subur dan memudahkan kehidupan tumbuh-tumbuhan dan tanaman. Analogi di atas dikaitkan dengan usaha penyemaian benih ilmu dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar pada sebuah tapak yang sesuai, dilengkapi pelbagai kemudahan pastinya menjamin pulangan yang memuaskan. Jalur berwarna kuning muda di bahagian tengah bendera pula mencerminkan  kesucian hasrat dan keikhlasan usaha murni yang berterusan oleh kumpulan pendidik , melakukan proses mendidik dan membimbing di samping memastikan para pelajar yang cergas fizikalnya, cerdas mentalnya dan mempunyai misi meraih sesuatu hasil yang cemerlang pada masa hadapan.

Hak Cipta Cikgu Mohd Noor bin Abdullah