Tuesday, 15 May 2012

SELAMAT HARI GURU 2012 buat semua Guru SMKG


Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)


Ya Allah, berkatilah usaha dan kehidupan guru-guru kami.


GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARAKita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

Lagu : En. Rosman bin Adam
Lirik : En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)


Read more »

Monday, 16 April 2012

Ucapan Takziah di atas kematian suami GPK Kokurikulum SMK Gemereh

Al FATIHAH......
Takziah di atas kembali ke rahmatullah Allahyarham suami Pn Zarinah Binti Rahman pada 14 April  2012. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Read more »

Friday, 13 April 2012

PERKHEMAHAN PERDANA 2012

Perkhemahan Perdana SMK Gemereh diadakan di Kem PLKN Air Keroh Melaka. Bermula 13 April hingga 15 april 2012.
Bersama Jurulatih PLKN


4 KUMPULAN PESERTA










Ucapan Penyelaras Perkhemahan 2012
Read more »

Thursday, 12 April 2012

KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN SPM TEKNOLOGI KEJURUTERAAN


Khas buat pelajar-pelajar TK, SMK Gemereh sila download soalan-soalan Percubaan SPM untuk latih tubi anda. Klik pada link di bawah.









Percubaan SPM TK Johor 2011

Percubaan SPM TK SBP 2011 


Soalan-soalan lain akan dikemaskini dan di upload kemudian. Jika ada cadangan atau pertanyaan boleh diemailkan kepada midi3569@yahoo.com. Selamat mencuba.
Read more »

Tuesday, 27 March 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSD SEGAMAT 2012

Akhirnya tirai kejohanan kali ke-41 dilabuhkan pada 24 Mac 2012. Kontinjen SMK Gemereh dengan kekuatan kontinjen seramai 21 orang  kali ini hanya mampu pulang dengan 1 pingat gangsa sumbangan daripada acara lompat tinggi L15 melalui Muhamad Rizuan b. Daud. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian atas semangat dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.



Unit Sukan SMK Gemereh
Read more »

Wednesday, 14 March 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

 
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Sekian, terima kasih.

Read more »