Monday 31 December 2012

Pendaftaran Pelajar SMK Gemereh bagi tahun 2013

Pada 31 Disember 2012,hari Isnin ,Smk Gemereh Segamat akan memulakan persekolahan dengan pendaftaran pelajar Tingkatan 1 di Dewan Seri Gemereh,manakala pelajar tingkatan 2 - 5 akan berhimpun di tapak perhimpunan bermula jam 0730 Pagi.

Koperasi Smk Gemereh juga akan dibuka bagi tujuan pembelian buku latihan dan lain-lain untuk semua pelajar SMK Gemereh Segamat.
Read more »

Wednesday 19 December 2012

TAHNIAH CALON PMR 2012







Keputusan PMR diumumkan pada 19 Dis 2012 @ Rabu. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepda semua calon yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012. Tahniah kepada semua pelajar kelas 3 Alpha , 3 Beta dan 3 Gamma 2012.
Read more »

Saturday 30 June 2012

SUKAN TAHUNAN KALI KE 14 2012 SMKG

HARI RABU  4 JULAI 2012.
JAM 8.00 Hingga 1230 TGHARI.

Semua Dijemput Hari Warga SMK Gemereh Segamat
Read more »

SARINGAN RUMAH SUKAN SMKG 2012

Bermula 25 JUN Hingga 28 JUN 2012
Read more »

SUKANTARA SMK GEMEREH 2012

Bermula 18 JUN HINGGA 21 JUN 2012
Read more »

Tuesday 15 May 2012

SELAMAT HARI GURU 2012 buat semua Guru SMKG


Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)


Ya Allah, berkatilah usaha dan kehidupan guru-guru kami.


GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARAKita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

Lagu : En. Rosman bin Adam
Lirik : En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)


Read more »

Monday 16 April 2012

Ucapan Takziah di atas kematian suami GPK Kokurikulum SMK Gemereh

Al FATIHAH......
Takziah di atas kembali ke rahmatullah Allahyarham suami Pn Zarinah Binti Rahman pada 14 April  2012. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Read more »

Friday 13 April 2012

PERKHEMAHAN PERDANA 2012

Perkhemahan Perdana SMK Gemereh diadakan di Kem PLKN Air Keroh Melaka. Bermula 13 April hingga 15 april 2012.
Bersama Jurulatih PLKN


4 KUMPULAN PESERTA










Ucapan Penyelaras Perkhemahan 2012
Read more »

Thursday 12 April 2012

KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN SPM TEKNOLOGI KEJURUTERAAN


Khas buat pelajar-pelajar TK, SMK Gemereh sila download soalan-soalan Percubaan SPM untuk latih tubi anda. Klik pada link di bawah.









Percubaan SPM TK Johor 2011

Percubaan SPM TK SBP 2011 


Soalan-soalan lain akan dikemaskini dan di upload kemudian. Jika ada cadangan atau pertanyaan boleh diemailkan kepada midi3569@yahoo.com. Selamat mencuba.
Read more »

Tuesday 27 March 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSD SEGAMAT 2012

Akhirnya tirai kejohanan kali ke-41 dilabuhkan pada 24 Mac 2012. Kontinjen SMK Gemereh dengan kekuatan kontinjen seramai 21 orang  kali ini hanya mampu pulang dengan 1 pingat gangsa sumbangan daripada acara lompat tinggi L15 melalui Muhamad Rizuan b. Daud. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian atas semangat dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.



Unit Sukan SMK Gemereh
Read more »

Wednesday 14 March 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

 
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Sekian, terima kasih.

Read more »

Wednesday 7 March 2012

PENDAFTARAN SPM 2012


Kepada bakal-bakal calon SPM 2012 pastikan anda menghantar borang pendaftaran SPM 2012 bagi proses pendaftaran atas talian sebelum 9 Mac 2012 berserta dengan salinan kad pengenalan. Cikgu Zamidi akan menguruskan pendaftaran anda dan semakan pendaftaran akan dilakukan pada 20 Mac 2012. Harap maklum dan diambil tindakan.

Sila download Jadual Waktu SPM 2012 Draf 3 bagi tujuan semakan.


Unit Penilaian dan Peperiksaan
SMK Gemereh
Read more »

Saturday 3 March 2012

SATRIA MENGEJUTKAN SANG WIRA

Satria yang diketuai oleh En. Mohd Fadhlan b. Md Zain memberi tamparan hebat buat penyandang juara keseluruhan tahun lepas Wira. Satria muncul juara keseluruhan dalam Larian 1 Murid 1 Sukan (Larian Gemereh) 2012 mengatasi Wira di tempat kedua, Perkasa di tempat ketiga dan Juara di tempat ke 4. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Larian 1 Murid 1 Sukan.

 Merancang strategi


 Menunggu giliran untuk dilepaskan.

 
 Tn. Hj. Mohd Noor b. Abdullah melepaskan para peserta.


 Melepasi laluan litar yang dihalang pohon tumbang.

 Antara barisan pegawai yang bertugas
Read more »

Saturday 25 February 2012

BULAN SAINS DAN MATEMATIK 2012

Klip video Bulan Sains dan Matematik 2012


 Antara rakaman peristiwa bergambar sepanjang Bulan Sains dan Matematik yang dilancarkan pada 13 Februari 2012.

Majlis Pelancaran Bulan Sains & Matematik oleh Pn. Pengetua SMK Gemereh, Pn Rukiah bt. Al- Hj. Abdul Razak

 Eksplorasi Sains


 Puisi Sains


 Pertandingan Mewarna


Pertandingan Melancar Roket Sasaran
Read more »

Saturday 18 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012/1433 PERINGKAT SEKOLAH

Corak Coret Maulid Nabi S.A.W SMK Gemereh.Segamat. Johor. Sabtu @18 Feb 2012.

Cup Cakes pun ada...


Pasukan PBSM

Puteri Islam

PBSM

Kadet Polis

Guru SMKG

Pengetua dan Penceramah Jemputan
5 KM biase je.....

Pendidikan Khas
Read more »

JAMUAN PERPISAHAN EN JAMIL SAJURI DAN EN OTHMAN SALLEH

JAMUAN TELAH DIADAKAN DI HOTEL VILLA PADA 17 FEBRUARI 2012 @ JUMAAT JAM 0815 MALAM.










Read more »

SMK GEMEREH JUARA PERTANDINGAN TAKRAW DAERAH SEGAMAT KATEGORI L15

Pihak Sekolah mengucapkan Tahniah atas kejayaan anda. Pengurus Pasukan En Idris Kamis dan Pemainnya.
En Idris Kamis dan Pasukan L15 bersama Cenderamata masing-masing. JOHAN.
Bergambar Sebelum Perlawanan Akhir
Libasan Tekong
TEAM L15
TEAM L18 TURUT SERTAI
TETAPI TERUSKAN USAHA LAGI.....
ADA BRAND
Read more »