Tuesday 27 March 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSD SEGAMAT 2012

Akhirnya tirai kejohanan kali ke-41 dilabuhkan pada 24 Mac 2012. Kontinjen SMK Gemereh dengan kekuatan kontinjen seramai 21 orang  kali ini hanya mampu pulang dengan 1 pingat gangsa sumbangan daripada acara lompat tinggi L15 melalui Muhamad Rizuan b. Daud. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian atas semangat dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.



Unit Sukan SMK Gemereh
Read more »

Wednesday 14 March 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

 
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Sekian, terima kasih.

Read more »

Wednesday 7 March 2012

PENDAFTARAN SPM 2012


Kepada bakal-bakal calon SPM 2012 pastikan anda menghantar borang pendaftaran SPM 2012 bagi proses pendaftaran atas talian sebelum 9 Mac 2012 berserta dengan salinan kad pengenalan. Cikgu Zamidi akan menguruskan pendaftaran anda dan semakan pendaftaran akan dilakukan pada 20 Mac 2012. Harap maklum dan diambil tindakan.

Sila download Jadual Waktu SPM 2012 Draf 3 bagi tujuan semakan.


Unit Penilaian dan Peperiksaan
SMK Gemereh
Read more »

Saturday 3 March 2012

SATRIA MENGEJUTKAN SANG WIRA

Satria yang diketuai oleh En. Mohd Fadhlan b. Md Zain memberi tamparan hebat buat penyandang juara keseluruhan tahun lepas Wira. Satria muncul juara keseluruhan dalam Larian 1 Murid 1 Sukan (Larian Gemereh) 2012 mengatasi Wira di tempat kedua, Perkasa di tempat ketiga dan Juara di tempat ke 4. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Larian 1 Murid 1 Sukan.

 Merancang strategi


 Menunggu giliran untuk dilepaskan.

 
 Tn. Hj. Mohd Noor b. Abdullah melepaskan para peserta.


 Melepasi laluan litar yang dihalang pohon tumbang.

 Antara barisan pegawai yang bertugas
Read more »