Monday, 14 November 2011

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2011

SPM 2011 telah bermula pada hari ini, Isnin 14 November 2011. Kepada semua pelajar SMK Gemereh Segamat, semoga semua pelajarnya berjaya menjawab soalan SPM 2011 dengan tenang. Semua guru SMK Gemereh mendoakan kejayaan anda semua. Amin.
Read more »

Sunday, 6 November 2011

SALAM AIDIL ADHA

SALAM AIDIL ADHA

Kepada semua warga SMK Gemereh, Segamat. Selamat menyambut Aidil Adha pada tahun ini 1432 / 2011. Semoga erti pengorbanan, dapat dihayati oleh semua warga SMK Gemereh dan umat Islam.
Read more »

Monday, 24 October 2011

Rombongan KEBIRUS 16 SEPTEMBER 2011.ep 1.

JKR 10 KOTA BHARU



Bukan yang ini.


Lama Menunggu Keretapi





Setelah Berbincang....

Ada Berani...

We Are Champion....



Rombongan KEBIRUS telah ke Kelantan pada 16 September 2011 dengan menaiki Kereta Api - Bas - Sampan.
Read more »

Adakah anda perasan..?

Awal Pembukaan Sekolah 1996


Kini 2011

Perubahan sejak sekian lama berada di hadapan pintu gerbang SMK Gemereh. Dari awal penubuhan dan kini 2011. Wallpaper wajah baru SMK Gemereh yang terbaru.
Read more »

LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH


Logo atau lencana sekolah ini dicipta berasaskan gambarajah bulatan yang melambangkan kesepaduan tekad dan azam serta kesefahaman usaha , berlandaskan pepatah “Bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat”. Rekabentuk menyerupai manusia ditengah-tengah lencana membawa maksud pelajar dengan buku terbentang dihadapannya. Gambarajah berbucu lima adalah lambang perguruan dengan motif tenaga pendidik yang mendukung Falsafah Pendidikan Negara  dan sentiasa berusaha ke arah melahirkan pelajar yang sempurna , berketrampilan dan seimbang dari segi emosi , jasmani , rohani dan intelek tanpa mengenepikan  lima rukun Islam sebagai tanda taat kepada Allah.

     Huruf-huruf SMKGS adalah singkatan daripada nama penuh sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Gemereh , Segamat. Pada bahagian tapak lencana ini tertera perkataan  CERGAS  CERDAS  CEMERLANG yang menjadi motto sekolah. Motto ini membawa pengertian setiap insan pelajar wajar mempuyai kecergasan fizikal sihat tubuh badan sebagai langkah awal untuk mempersiapkan diri menghadapi pelajaran . Kesediaan ini akan menentukan pula kecerdasan mental yanag akan lahir daripada tubuh badan yang sihat dan cergas.Kecergasan dan kecerdasan inilah yang merupakan faktor penyumbang untuk menentukan kejayaan dan kecemerlangan seseorang pelajar.

     Berasaskan kesepaduan tekad dan kesepakatan usaha yang dijana oleh kata-kata keramat Cergas , Cerdas dan Cemerlang ini para pelajar dididik dan dibimbing ke arah menjadi manusia unggul dan dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang ditimba sewaktu alam persekolahan sebagai perisai yang dapat melindungi diri , keluarga , masyarakat dan negara daripada ditembusi oleh pelbagai gejala buruk yang melanda umat dan dunia sejagat.
Read more »

Sunday, 25 September 2011

SPM 2011

Peperiksaan SPM 2011 bakal tiba.Bagaimana dengan persediaan semua calon? Semoga keputusan peperiksaan Percubaan SPM 2011 menjadi pembakar semangat untuk berusaha lebih gigih lagi.
Sila klik Jadual Peperiksaan SPM 2011 untuk download.
Read more »